Punca utama segala jenis penyakit adalah melalui perut. Mari
kita buka minda dan mendengar nasihat pakar makanan terbaik di dunia. Dalam
Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada
seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan
sebagai penyempurnaan akhlak manusia (makarimal akhlak).
Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati
bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan
sihat Rasulullah SAW. Antara tatacara pemakanan dan gaya hidup sihat Rasulullah
SAW adalah:
Rasulullah tidak menggalakan
minum susu sewaktu Baginda memakan
daging.
Rasulullah tidak menggalakan
makan daging bersama ikan.
Rasulullah tidak menggalakan
minum susu sewaktu Baginda menjamah
ikan.
Rasulullah tidak menggalakan
minum susu sewaktu Baginda memakan
ayam.
Rasulullah tidak menggalakan
makan ikan bersama telur.
Rasulullah tidak menggalakan
makan ikan bersama daun salad.
Rasulullah tidak menggalakan meminum susu
bersama cuka.
Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas
memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan
buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
Rasulullah akan tidur sejenak selepas makan
tengahari.
Rasulullah melarang umat Islam untuk meninggalkan makan malam. Barang siapa
yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol
dalam darah dan badannya akan berganda.
Rasulullah tidak menggalakan umat Islam untuk
makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi
berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan
tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong.
Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan
makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia
mungkin membahayakan kesihatan. Larangan dan tegahan Rasulullah sebenarnya
mempunyai rahsia yang masih menjadi misteri sehingga kesaat ini.
Nabi Muhammad SAW tidak menggalakan para
sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan
menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit.
Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian
dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive
Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion- (Negative Ions), jika
kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia
(Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan
kerosakan perut dan usus dengan teruk.
Islam mengajar manusia untuk mandi sebelum
subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit, (sekitar pukul 4.00
hingga 6.00 pagi). Air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus
mengurangi masalah penimbunan lemak. Maka sebab itulah kita lihat kebanyakan
orang yang mandi pada awal pagi tubuh
mereka agak sederhana.
Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan
melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang.
Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan
banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang
perutnya dengan air.
Nabi juga mengamalkan minum air sejuk yang
bercampur sedikit madu setiap pagi. Kajian menunjukan minum madu dan air pada
awal pagi, akan membantu Sistem Pencernaan bekerja dengan lebih baik.
Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan.
Nabi melarang manusia untuk bernafas
(membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Udara yang sengaja dibuihkan
dalam air itu mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi
(memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak
menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap
kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan
sebagainya.
Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan
sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan
sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan,
minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan,
hal ini akan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit
kembung air.
Minum air sekurang-kurangnya setengah jam
sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang
lama serta mengembalikan keserian awek muda.
Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan
pun yang masih elok untuk dimakan.
Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk
tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman.
Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu
yang dianjurkan bagi kaum Muslimin. Berjamaah dalam makan akan membuat kita
merasa kenyang dan mendapat keberkatan.
Nabi Muhammad SAW sangat – sangat menggalakan
makan secubit garam dengan menggunakan jari manis tangan kanan sebelum menjamah
apa-apa makan.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam juga mengajar
untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu
juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari
jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan).
Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau
migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud
maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen
pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
Islam melarang penganutnya untuk meminum
arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang
dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk
memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup
melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
Tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh
sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi), merupakan
satu amalan yang sangat tidak di galakaan oleh umat islam. kerana rezeki yang
berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia
tidur selepas solat Asar (pukul 4.00 petang
sehingga 8.00 - 9.00 malam). Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk
bangun menunaikan solat malam bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga waktu
solat subuh).
Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa
pada bulan Ram
adhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari
yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang
hayat.
Apabila berpuasa, makan sahur
(sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka
puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan
manisan terlebih dahulu).
Diet Rasulullah yang sangat terkenal dikalangan penganut
agama Islam. Diet Rasulullah merupakan sebuah konsep pemakanan yang sangat luar
biasa untuk panduan kita mengekalkan tahap kesihatan yang optimal. Rasulullah
menggunakan konsep keseimbangan makanan dan menjadikan makanan tertentu sebagai
budaya.
Maksud budaya disini adalah sesuatu makanan di amalkan secara
konsisten dan kekal pengambilannya sepanjang hayat, bagi mengekalkan neutrisi
dan mineral tertentu berada di dalam badan sepanjang masa. Menurut pakar pemakanan, tubuh kita
memerlukan neutrisi dan mineral tertentu untuk bekerja dengan sempurna. Jika
ini diabaikan kita akan menerima kesan kerosakan organ tertentu dalam jangka
masa panjang. Maka kita mula melihat kelahiran sesuatu penyakit dalam
kehidupan.