Laman Maklumat Sokongan Renungan & Kefahaman

Cara Membunuh Sel Kanser Usus


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks.
Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, 

insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas. LEBIHKAN...pemakanan harus dijaga terutama lebihkan sayuran dan buah-buahan. 



KANSER USUS: KESAN DENGAN AWAL


Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada  kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan  boleh menyembuhkan penyakit ini. 

Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil  untuk mengurangkan risiko kanser usus. Apa itu usus? Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. 

Ia mempunyai dua bahagian: Usus kecil- tempat makanan diserap Usus besar- tempat air dan garam diserap Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum. Apa itu kanser usus? 

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus  besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada  peringkat awal. Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). 

Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Tanda-tanda kanser usus  Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus  berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut: Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.

 Berasa tidak puas selepas membuang air besar. Sakit perut. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus. Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. 

Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik. Faktor risiko Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti: Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas. 

Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser. Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain. Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus. Pemakanan. 

Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus. Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus. Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus. Kurang bersenam. 

Saringan dan pengesanan Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap ‘pembawa maut’, ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini. Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. 

Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser. Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, hingga 90%, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua. 

Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat). Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. 

Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat. Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan. Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. 

Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang. Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini. Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai  tanda-tanda menghidap kanser usus. 

Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas. Faecal occult blood test (FOBT) FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis. FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). 

Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip (ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan  sekiranya dikesan pada peringkat awal. 

Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser. Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ? Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor  untuk menjalani FOBT dua tahun sekali. 

Bagi mengurangkan risiko mendapat kanser amalkan lah gaya hidup sihat seperti:  makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan. mengekalkan berat badan yang normal. Meningkatkan aktiviti fizikal - selalu bersenam. tidak merokok. kurangkan minum alkohol Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada  diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak  faedah kesihatan yang lain.

Sila Hubungi Saya utk Mendapatkan Maklumat Makanan yang dapat Membunuh Sel Kanser Usus ini 012 9642466

Theory Vitamin B17 Membunuh Sel Kanser


Theory Vitamin B17

Nutrien tertentu sangat di perlukan oleh tubuh badan seseorang. Sekiranya nutrien tersebut berada dalam keadaan cukup maka sistem metabolik dalam badan dapat bekerja dengan baik. Jika nutrien tersebut berada dalam keadan yang kurang dari sepatutnya. Sistem tubuh akan memberi isyarat pada kelenjar pituitari. 

Maka dengan serta merta kelenjar pituitari yang berada di dalam otak (dikawal oleh hipotalamus), akan mengurangkan rembesan Rangsangan Hormon Tiroid (TSH) sehingga kadar metabolik seseorang berada dalam keadaan cukup rendah. Kesanya;melambatkan tindak balas sistem biokimia


Faktor mempengaruhi metabolik dalam badan

1.            Frekuensi makanan:
Makan dalam frekuensi yang sering mengelakkan penurunan tahap metabolisme tubuh dan menjaga gula darah dalam level yang stabil.

2.            Jaringan otot:
Otot merupakan mesin pembakar lemak, semakin banyak otot yang terbentuk mata pembakaran kalori dan lemak. Juga semakin banyak otot yang terbentuk maka pembakaran kalori dari lemak juga semakin banyak.

3.            Tahap aktiviti:
Penting pula tetapi harus digabungkan dengan pola makanan yang tepat dan kekerapan makan yang sering.

4.            Pilih makanan:
Makanan berlemak sukar dimetabolisme sehingga membuat tingkat metabolisme semakin lambat.

5.            Air yang cukup:
Air membantu tahap metabolisme tubuh.

6.            Genetik:
faktor genetik membuat tingkat metabolisme setiap orang berbeza, tetapi hal ini bukan faktor yang utama.

7.            Fungsi hormon:
Thyroid merupakan hormon pengatur metabolisme, yang menjaga gula darah tetap stabil sehingga menghidari penurunan tahap metabolisme.


8.            Stres:
Stress berlebihan menyebabkan tahap metabolisme semakin melamban.



Kekurangan nutrien bukan sahaja melemahkan sistem metabolisma. Fungsi hipotalamus juga akan terganggu. Teori ini mencadangkan   bahawa Vitamin B17 adalah nutrien penting yang sering kekurangan dalam diet moden. Walaupun anda seorang yang kelihatan sihat tetapi jika anda mengalami kemurungan, berat badan yang berlebihan dan penyakit yang disebabkan oleh berat badan, dan akhirnya kanser.



Dalam masyarakat moden hari ini, kita di anugerahi oleh sumber makanan yang lengkap, tetapi sebahagian besar daripada kita kekurangan pemakanan yang mengandungi Vitamin B17 di sebabkan fakta dan kekurangan maklumat. Buku ini merupakan salah satu sumber maklumat yang sangat diperlukan.




Seorang Ahli Biokimia  Dr Ernst T. Krebs, telah berjaya menjumpai Vitamin B17. Beliau mendapati Vitamin B17 boleh di asingkan dari berbagai sumber, antara sumber Vitamin B17 yang tertinggi boleh didapati pada biji buah Appricot, biji epal dan sebahagian kecil dari makanan yang kita makan hari ini. Vitamin B17, yang juga dikenali sebagai laetrile, dipercayai oleh banyak ahli sains sebagai anti-kanser - sejenis agen kemoterapi yang menjadikan sel kanser sebagai sasaran, pembunuh sel kanser cara semulajadi ini hanya membunuh sel kanser sahaja tanpa melibatkan normal sel dan tidak mempunyai kesan sampingan yang teruk kepada pesakit.

Teori ini terbentuk hasil dari penelitian Dr Ernst T. Krebs terhadap kehidupan Alam semulajadi. Beliau mendapati Penggunaan Vitamin B17 adalah sebahagian dari cara mamalia mempertahankan diri mereka terhadap kanser.

Vitamin B17 terdiri daripada molekul cyanide yang terikat kepada molekul benzaldehyde dan dua molekul glukosa. Ikatan glukosa menyebabkan kedua-dua cyanide dan benzaldehyde terkunci ketat  dalam Vitamin B17.

Dalam Sel Kanser terdapat kehadiran sejenis enzim, enzim tersebut akan bertindak balas dengan molekul B17. Maksudnya di mana ada kehadiran sel kanser di situlah terdapat enzim tersebut. Sifat semulajadi Enzim tersebut akan serta merta bertindak balas dengan B17 jika kedua-dua molekul ini bertemu. Hasil dari tindak balas tersebut akan melepaskan cyanide dan benzaldehyde molekul B17, cyanide bekerja secara sinergistik dan benzaldehyde kemudian membunuh sel-sel kanser.


Kemampuan Vitamin B17 membunuh Sel Kanser  telah lama di ketahui, oleh pihak Barat tetapi akibat dari keuntungan kewangan, mereka melakukan propaganda bahawa B17 adalah hasil dari penipuan besar.
Menurut Teori ini, penyakit kanser terjadi akibat dari kekurangan Vitamin B17 dalam Diet pemakanan mamalia.

Teori ini mengandaikan; kitaran kanser bermula dari dua fasa. Fasa pertama  apabila usia seseorang masih muda dan mempunyai kesukaran mendapat kanser, apa bila usia semakin meningkat - pertengahan usia permulaan mendapat kanser. Pada fasa kedua kebanyakan sel badan mudah rosak dan sel kenser lebih cepat meningkat di sebabkan kerana mereka telah terdedah kepada persekitaran karsinogen untuk jangka masa yang lebih lama.

Teori ini mencadangkan penggunaan Vitamin B17 dalam diet dengan kadar yang mencukupi bersama-sama dengan produk anti kanser yang lain termasuk Enzim Proteolitik ( Bromalain ), Ssg dan Graviola untuk membunuh sel-sel kanser yang muncul dalam kebanyakan orang muda hingga usia pertengahan dan lanjut usia.

Sebagai contoh jika pengambilan Vitamin B17 dalam diet makanan harian anda sebanyak 3%, Secara automatik tubuh badan anda akan mengurangkan kadar metabolik sebanyak 3%. Ini akan melambatkan tindak balas kimia dalam badan turun dengan purata 3%, dan Vitamin B17 dalam diet makanan cukup untuk membunuh semua sel-sel kanser, untuk sementara waktu. Proses ini harus dilakukan secara berterusan supaya Vitamin B17 dapat membunuh sel kanser secara keseluruhan 100%.

Seterusnya tubuh badan kita perlu mengurangkan kadar metabolik lagi, sebagai contoh pengurangan 10%. Kesanya seseorang itu merasa kelaparan secara berterusan, kemurungan  dan berat badan menurun. Dalam Keadaan ini orang tersebut mula menghadapi masalah kesihatan.

Akhirnya jika anda sering menurunkan kadar metabolik  ia akan mencapai pada satu peringkat melebihi 10%, di mana badan tidak boleh mengurangkan kadar metabolik lagi. Jika tubuh mencapai peringkat ini. Maka sel kanser akan merebak dan Vitamin B17 tidak mampu lagi untuk membunuhnya.   Pada peringkat ini seseorang itu akan mendapat kanser, dan mungkin akan mati.

Teori ini mengatakan langkah pencegahan yang baik dapat dilakukan dengan pengambilan Vitamin sebanyak 500 mg hingga 1500 mg.  Pengembangan sel kanser dapat dihentikan dengan pengambilan Vitamin B17 dan Vitamin C sekurang kurangnya 2000 mg setiap hari.
Pengambilan  Vitamin C tahap tinggi diperlukan, antara lain, untuk menghasilkan kolagen. Kolagen sangat diperlukan oleh normal sel untuk mencipta sel baru bagi menggantikan sel-sel kanser yang terbunuh.

Secara khususnya, teori ini meramalkan bahawa dalam kebanyakan kes kemurungan dan kes berat badan yang melampau. Apabila melakukan ujian hormon tiroid akan menunjukkan tahap T4 menghampiri paras normal atau lebih rendah dan tahap TSH normal dan tidak terlalu tinggi (keputusan ujian seperti ini hanya sesuai untuk mereka sahaja). Sekiranya bacaan ujian hormon tiroid menunjukan seperti di atas,   teori ini mencadangkan pengambilan diet yang benar-benar berkhasiat. Termasuk Vitamin B17 yang mencukupi ( 1500 mg sehari ).

Dalam tempoh beberapa bulan,  kebiasaanya anda akan melihat keputusan ujian hormon tiroid tahap T4 menjadi lebih tinggi, biasanya pertengahan atau lebih dari julat normal. Seterusnya mengurangkan kemurungan, perasaan kelaparan akan berkurangan secara berterusan. Ini akan membawa ke arah kesihatan yang baik selama 1 tahun.

Teori ini juga mengatakan, bahawa jika kadar metabolik tiruan pesakit dibangkitkan dengan dengan cara memberi mereka  hormon tiroid (apabila tubuh sedang cuba untuk mengurangkan kadar metabolik untuk melindungi terhadap kanser), maka  sel kanser akan lebih cepat berkembang.

Bagi menyokong teori ini, Pakar-pakar B17 Metabolik Therapi mencadangkan agar mengambil Vitamin B17 dengan cukup, antaranya mereka mencadangkan memakan 10 - 20 biji aprikot sehari memulakan dengan mengambil 1 biji sehari tingkatkan sehingga 20 biji sehari. Pengambilan Vitamin C sekurang-kurangnya 2000 mg sehari bersama biji apricot akan lebih membantu.


-->
Perhatikan jika tahap T4 diiringi oleh tahap TSH yang sangat tinggi, ia merupakan salah satu petunjuk bahawa terdapat masalah yang serius pada  tiroid yang perlu ditangani. Dalam keadaan ini, Vitamin B17 tidak akan mampu untuk meningkatkan tahap T4, dan suplemen hormon tiroid sukar dijangka kesanya kepada sel kanser. Secara umum, keadaan ini akan membuat sel kanser merebak dengan lebih tinggi.

hubungi 012 9642466 untuk sebarang Pertanyaan

Panduan Menghadapi Kanser


















-->
Pada suatu hari sewaktu saya sibuk bekerja di pejabat, tiba – tiba salah seorang pekerja saya berkata kepada saya, sebenarnya ibu saya terkena penyakit kencing manis . Saya harus membawa ibu saya berjumpa dengan doktor untuk merawat penyakit kencing manis tersebut. Sedangkan Ibunya berada di Terengganu dan kami bekerja di Kuala Lumpur, bagaimana pekerja saya ingin membawa Ibunya berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan kencing Manis tersebut?.
Saya tersenyum melihat pekerja saya yang mula cemas bila mengetahui Ibunya terkena penyakit kencing manis, saya berjalan keluar dari pejabat tanpa mengucapkan sepatah perkataan pun. Sambil saya meneruskan pekerjaan, rutin pekerjaan kami adalah memproses makanan berasaskan Apricot ( B17 ).
Apabila kita terpaku dengan cara pandangan Barat mengenai kesembuhan sesuatu penyakit. Mata kita tertutup untuk melihat kesembuhan dari sudut yang lain. Kita merawat penyakit dengan cara yang salah . kerana persepsi kita tentang sesuatu penyakit itu berbeza. Sedangkan penawar ada di hadapan kita, oleh kerana kurang pengetahuan dan persepsi kita terhadap rawatan Alternatif terbatas maka penawar di hadapan matapun kita terlepas pandang.
Salah satu produk yang kami telah lama saya bangunkan adalah Bromalain. Oleh kerana kita terlalu fokus kepada makanan untuk penyakit kanser, maka pekerja saya tidak mengetahui bahawa Bromalain merupakan salah satu produk yang dapat membantu penyakit kencing manis. Setelah saya memberitahu kepada beliau tentang kelebihan Bromalain dapat membantu penyakit kencing manis, barulah beliau mengirim kepada Ibu beliau dan Alhamdulillah kesan dari pemakanan BROMALAIN itu ibunya kembali sihat sehinggalah ke saat ini.
Apa yang menariknya , paras gula dalam darah Ibunya telah kembali seperti sediakala tanpa mengalami kesan sampingan dan selamat sehingga saat ini tubuh badan beliau tidak menunjukan kesan sampingan. alhamdulilah. Ibu pekerja saya sehingga saat ini tidak lagi merasa risau tentang penyakit kencing manis yang beliau hadapi. Kencing manis telah dimomokkan kepada kita merupakan penyakit yang tidak di temukan penawarnya sehinggalah pada hari ini.
Mana-mana pengamal perubatan Tradisional atau Alternatif yang mengatakan mereka mempunyai penawar kencing manis , mereka akan berdepan dengan tindakan mahkamah dan akan di dakwa. Pelik, itulah yang boleh di katakan pada Dunia perubatan Hari ini. Mana mana ubat yang tidak berasaskan dari kimia atau dadah di klasifikasikan sebagai sebuah  Penipuan besar.
Sekiranya Isteri saya memberitahu saya bahawa dia terkena kanser Pankreas, atau apa-apa jenis Kanser jawapan saya, kepada beliau adalah sama seperti jawapan penyakit Ibu kepada pekerja saya. Atau jawapan saya sama seperti penyakit Kencing Manis.
Buku “Panduan Menghadapi Kanser Dengan Tersenyum” di tulis khas untuk anda. Di susun dan dikarang sebagai: ( Anda boleh mendapatkanya melalui e book secara percuma ) 
     Panduan dan mengarahkan anda pada arah yang betul. Berpandukan fakta yang bersumber dari pakar-pakar pemakanan di seluruh dunia termasuk dari negara kita sendiri.
    
       Sel Kanser
    


Panduan untuk anda mengambil tindakan dari tertipu oleh 
rawatan yang tidak ada sumber yang jelas.
           Pembaca yang budiman, kanser merupakan penyakit Kronik Metabolik. Memerlukan banyak faktor untuk kesembuhan. Memerlukan juga pengetahuan yang luas tentang pantang larang yang harus di patuhi. Kanser boleh merebak dengan lebih cepat jika anda makan makanan yang dapat menyuburkan sel Kanser.


           Panduan untuk anda menganalisa keadaan diri anda.  Melalui beberapa tanda yang akan saya berikan. Merupakan  hasil kajian beberapa tokoh dari luar dan dalam negeri. Kesembuhan akan menjadi lebih mudah jika kita bertindak awal.