Cara Apricot Seed Membunuh Kanser

Rupa asal buah Apricot, biji yang berada dalam buah inilah yang di keluarkan dan menjadi penawar kepada berbagai jenis penyakit termasuk "penyakit Maut" Kanser.

Khasiat Biji Buah Apricot dalam merawat penyakit kanser

Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels, B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satunya ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement dengan antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”. Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk tisu normal yang hidup.

Jika Anda Percaya Pada Allah

Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan yang telah saya terangkan diatas.

Jika anda tidak percayakan Allah menurunkan Penawarnya.

Fakta logik dan sains menunjukkan bukti bahawa kehadiran enzim-enzim dan scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA ( merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia ) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim laetrile dari biji Apricot dapat membunuh sel kanser. FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser. Atas kepentingan kewangan dan politik, mereka telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut. Perkara ini juga terjadi pada penemuan penawar HIV yang telah di rahsiakan. Bagaimanapun rahsia ini telah kami dedahkan dalam bentuk Vcd dan anda boleh mendapatkannya dengan percuma dari kami. Mudah mudahan segala maklumat yang anda perolehi dapat menyelamatkan orang-orang yang anda cintai.

Bagaimana B17 menyuburkan sel yang sihat dengan B12



Hasil kajian Ahli sains dan Ahli Biokimia tentang B17 telah di bukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World Without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well” : One Doctor's Experience With Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Telah disiarkan dalam rancangan di sebuah station Tv di Malaysia baru baru ini.

Fakta dari hasil kajian mereka,kita kena faham bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toxsin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese, boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh kita. Kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.

Seterusnya badan kita mempunyai enzim yang di namakan Beta-Glucosidase dapat di perolehi dengan banyaknya pada setiap sel kanser. Beta-Glucosidase hanya berada pada sel kanser sahaja. Pada sel badan yang tidak ada sel kanser tidak terdapat enzim ini. Biji buah Apricot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Vitamin B17 terdiri dari 2 bahagian glukosa, 1 Hidrogen Sianida dan 1 bahagian Benzaldehyde (pelali penahan sakit semulajadi ).

Apabila B17 memasuki kedalam badan manusia, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Rhodanese akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme. Hasil proses metabolisme enzim tersebut menghasilkan vitamin B12. Lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan kita. Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan melebihi 80 minit ia harus diganti dengan pengambilan b17 dari biji apricot yang baru. Pengambilan biji apricot setiap 4 jam merupakan sebuah kaedah mengekalkan Vitamin B17 sentiasa berada dalam badan kita.

Bagaimana B17 Membunuh sel kanser

Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan lihat gambar rajah di bawah.

Beginilah cara b17 dari biji apricot bekerja Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B12. Jika anda melayari internet anda akan melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser!.

Harapan kita untuk melihat budaya memakan biji apricot sebagai rawatan alternatif merawat pesakit kanser akan menjadi kenyataan apabila kesedaran ini menjadi satu budaya dalam kehidupan.


Kesedaran Kanser



Sila Hubungi 012 9642466 & 016 2965644 Hanafi Nutrition Consultant.

Seringkali dijemput untuk mengadakan seminar tentang Penjagaan kesihatan melalui cara

Metabolik Therapy. Para pakar Metabolik therapy percaya pemakanan dan ketenangan rohani merupakan sebuah kaedah merawat penyakit yang paling bekesan dalam merawat berbagai-bagai jenis penyakit termasuk Kanser.


Cara makan kita akan membentuk cara kita berfikir, cara kita berfikir akan membentuk cara kita bertindak. Ketahuilah cara kita bertindak akan membentuk tahap kesihatan kita.Kesedaran tentang kanser harus kita jadikan budaya dalam kehidupan kita setiap hari. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan tentang kanser dari sudut alternatif maka kami sering mengadakan seminar secara percuma di seluruh Malaysia, Brunei, singapore dan Indonesia. Anda dipersilakan menjemput kami ketempat anda, pejabat, rumah atau dewan Hotel.


Module Seminar ( Percuma )


VCD Tentang kanser akan kami berikan secara percuma kepada setiap peserta Kursus.

Produk maut yang ada di persekitaran kita (Fakta dari Kajian CAP )

Cara menukarkan sistim kimia dalam badan anda melalui makanan

Orang kanser sangant sensitif pada emosi rendah belajar cara memotivasikan mereka,

Senaman yang sesuai untuk orang Kanser,

Kenapa Emosi dapat meracuni badan anda

Makanan yang menyebabkan Kanser merebak.

Makanan yang menguatkan sistem imun badan,

Neutrition Pemakanan yang mengandungi B17

Petua-petua alkali dan Oksigen.

Teknik pernafasan meraih ketenangan.

Bagaimana kanser merebak melalui kaedah pemakanan yang salah.


Produk Merawat Kanser 21Day Protokol


BIJI APRIKOT (APRICOT SEEDS @ APRICOT KERNELS) ANTI KANSER Biji Aprikot

B17 Apricot seed dan Kanser Payudara

Tanda-tanda awal perubahan payudara yang memerlukan perhatian:

a) Benjolan di payudara atau di bawah ketiak.
b) Perubahan tidak normal dalam bentuk dan saiz payudara
c) Kewujudan lekukan dan/atau kedutan pada kulit payudara
d) Puting susu yang masuk ke dalam
e) Lendir atau darah yang keluar dari puting susu





Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:

Yang pertama dipanggil Karsinoma. Ianya lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.
Yang kedua ialah Sarkoma. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.
Yang ketiga dipanggil Leukemia. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk sel-sel darah.
Kanser wujud dengan 4 peringkat:
Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.
Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm – 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.
Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.
Peringkat keempat (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan sebagainya.
Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang:

Pembedahan:a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.

Kimoterapi:
Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.

RadioterapiPenggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut.

Rawatan Tambahan 
Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.
Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:
Umur
 

Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas.

Kitaran HaidSalah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).
Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi.
Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

Kelahiran Pertama
Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

Sejarah Keluarga
Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini.
Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.
Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:
a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.

Nota:
Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah

Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
 

Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.
Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.
Pengambilan Pil Perancang KeluargaMengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

Dedahan kepada Radiasi
 

Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen 

Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.
Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.

Diet yang dapat menentang kanser:
  • Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
  • Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
  • Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
  • Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
  • Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
  • Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
  • Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
  • Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
  • Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
  • Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
  • Jangan makan makanan yang telah berkulat.
  • Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
  • Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
  • Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
  • Kulit ayam/itik mesti dibuang.
  • Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
  • Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
    Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
  • Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
  • Beli sayuran organik jika mudah didapati.
  • Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
  • Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
  • Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
  • Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
  • Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
  • Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
  • Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
  • Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
  • Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
  • Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
  • Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada’ adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi.
  • Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
  • Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
  • Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
    Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
  • Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.




Kanser Dan Oksigen

Cancer Dan Oksigen


Sel-sel kanser tidak boleh hidup dalam kehadiran paras oksigen yang tinggi. Untuk memahami bagai mana peranan oksigen dalam badan mempengaruhi pertumbuhan sel kanser anda harus faham peranan Alkali dan Asid dalam badan manusia.


Tisu-tisu badan yang di serang kanser mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi .Manakala tisu-tisu sihat adalah beralkali . Air (H2O) terurai menjadi H+ ( mengandungi cas Positif ) dan OH- ( Mengandungi cas Negetif ). Apabila satu penguraian mengandungi lebih banyak H+ daripada OH- Ini akan membentuk persekitaran dalam badan menjadi asid. Dengan istilah yang paling mudah, persekitaran ini amat sesuai untuk sel kanser merebak. Apabila ia mengandungi lebih banyak OH- daripada H+ dikatakan sebagai alkali. Persekitaran maut bagi sel kanser.


Apabila oksigen memasuki satu larutan asid ia dapat bergabung dengan H+ IONS untuk membentuk air. Oksigen amat diperlukan untuk membantu meneutralkan asid, Sedangkan asid dapat mencegah oksigen daripada sampai kepada tisu sel yang berasid.


Satu sebatian alkali mempunyai cara kerja yang songsang. Dua unsur hydroxyl ions (OH-) dapat bergabung untuk mengeluarkan satu molekul air dan satu atom oksigen. Dengan kata lain, satu larutan alkali dapat membekalkan oksigen pada tisu-tisu dalam badan kita. Ingat fakta awal Sel-sel kanser tidak boleh hidup dalam kehadiran paras oksigen yang tinggi.


Skala pada pertunjuk pH dari 0 hingga 14, pH 7 merupakan pertunjuk natural. Di bawah pH 7 adalah paras asid dan di atas pH 7 merupakan paras alkali. Darah, limfa dan bendalir tulang belakang serebrum dalam badan manusia adalah direka menjadi agak beralkali pada satu pH 7.4.


Dr Szent Gyorgy pemenang hadiah nobel pada 1937 telah berhasil menemukan bahawa asid lemak dan sulfur, kaya dengan protein dapat meningkat pengoksigenan dalam badan. Pada sudut yang lain pula Dr Budwig meminta untuk menguji hasil penemuan ini. Beliau telah menguji dengan cara memberi makan pesakit-pesakit kanser. flaxseed oil dan keju kotej rendah lemak (low-fat cottage cheese) setiap hari .


Ramuan Dr Budwig


Minyak flaxseed ( flaxseed oil ) 8 auns atau Minyak Bijan

keju kotej rendah lemak ( low-fat cottage cheese) 4 auns

Nenas ¼ Biji

Semua ramuan di atas di minum setiap hari selama 3 bulan



Menurut pengalaman Dr Budwig Selepas tiga bulan boleh dilihat dalam darah pesakit-pesakit kanser, dan ketumbuhan-ketumbuhan malignan mula mengecut. Lebih banyak kesan pertarungan dan kandungan oksigen dalam sel kanser di jumpai. Ini merupakan pertanda positif bagi pesakit kanser.

Sejarah Vitamin B17


Sedikit sejarah tentang Vitamin B17.

Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimia telah menemui satu vitamin lalu menomborkannya Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile.

Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17 setelah ramai pesakit kanser yang telah SEMBUH setelah mengambil vitamin tersebut. Terdapat juga bukti-bukti dan testimonial pesakit di sini http://www.apricotsfromgod.info/journal.htm.


Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di AS. Mengapa pula? Sedangkan bukti yang kukuh telah pun ada, Vitamin B17 berupaya merawat kanser!

Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dolar pasti akan lingkup. Sebab itu propaganda itu dilancarkan.

Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana. Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Setiap tahun, ramai rakyat AS yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Peratusan besar daripada mereka berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada di tahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh. Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya. Sebab apa? Kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.

Tetapi di sudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mangatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata. Dan oleh sebab itu, beratus-ribu pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang...... selanjutnya

Biji Apricot Mentah Pahit

Stor Apricot di Cool Room










































Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed  kekacang dan bijirin). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot.



Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari B17 Apricot Kernels juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas. Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup. Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit. Pekara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari. Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun. B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati. Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula. Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati. Amygdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia. For prevention, however, Dr Ernst T Krebs Jr., the biochemist who first produced laetrile (concentrated amygdalin) in the 1950s, recommended that if a person would eat ten to twelve apricot kernels a day for life, then barring Chernobyl, he is likely to be cancer free. Pada permulaan ia abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat barah prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser. Oleh itu cadangan memakan 10 - 12 Apricot kernels setiap hari insyaallah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri. 

Nota: Apricot kernels harus dikunyah atau dihancurkan dan ditabur dalam makanan harian atau diblender bersama buah-buahan. Diamalkan sebanyak 5 hingga 6 kali sehari.
Infomasi tentang : Apricot Seed (bebas toksin ) yang kami jual



Biji Apricot Mentah pahit ( berasal dari  Damacus )
Berat : 1/2 kg.
Quantiti : 2145 Biji ( Lebih Kurang )
1 Kali makan 15-20 Biji. Diambil 6 kali sehari Bagi Penyakit Kanser. Sebagai langkah pencegahan: 15-20 Biji 2 kali sehari.  Pagi sebelum sarapan & Malam Sebelum tidur . Insyaallah anda tidak di hidapi Kanser


SEUMUR HIDUP ANDA BEBAS DARI KANSER
(Dengan Izin Allah).  

Call saya jika berminat 012 9642466 / 012 4172466



BERMINAT UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN ? 

KAMI SEDIA MENJUAL APRICOT INI DENGAN HARGA BORONG. 

TEL PEJABAT :  012 9642466 / 012 4172466

Harganya jauh lebih murah dari harga runcit. 

Kenapa harga begitu murah?? sebabnya kami mengimportnya dalam kuantiti kontena, dengan jumlah yang besar dan banyak.
  

Infomasi ini saya petik dari : World Without Cancer by G. Edward Griffin (American Media, California, 1974 and 1997). For testimonies of cancer sufferers treated with laetrile and nutrition therapy read Alive and Well (American Media, California, 1994) by Philip E Binzel, Jr., M.D. and see ‘Vitamin B17 therapy - does it work?’ See also ‘’Cancer Prevention - A Change In Our Diet’.

Kanser Payudara & B17 malaysia



















Kanser Payudara

Pengenalan?

Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.

Penerangan

Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:

Lobus yang menghasilkan susu

Duktus yang menghantar susu ke puting

Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

Biasanya, kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Kanser payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam payudara. Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.

Asas Saintifik?

Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.

Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payudara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payudara yang penting. Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Perebakan

Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut :

Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

Adalah dianggarkan jika kanser payudara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payudara dirasakan tertumpu pada payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.

Faktor-faktor Risiko?

Oleh kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara ini.

Faktor Risiko yang Tinggi

1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara Benigna Proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

Faktor Risiko Sederhana

1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.

2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi

4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.

5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.

Faktor Risiko Lain yang Lebih Ringan

Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.

Insidens

Kanser payudara :

Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di Malaysia

Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki.

Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita

Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun

Insidensnya meningkat dengan umur

Tanda-tanda dan gejala

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payudara.

Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.

Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

Komplikasi

Dua komplikasi utama kanser payudara ialah komplikasi setempat dan komplikasi disebabkan perebakannya atau mengalami metastasis.

Komplikasi setempat termasuklah pembentukan ulser pada payudara, sebagaimana yang berlaku pada kanser payudara inflamasi dan kehadiran semula kanser tersebut di tempat yang sama selepas pembedahan.

Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan. Dalam proses ini, sel-sel kanser telah mencerobohi saluran darah dan saluran limfa untuk memasuki sistem peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan bertapak di organ-organ lain dan memulakan pertumbuhan baru. Tempat utama yang diserang melalui metastasis ini adalah tulang, hati dan paru-paru.

Ujian-ujian

Pemeriksaan Fizikal

Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan tersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:

Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara.

Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.

Peringkat-Peringkat dalam Kanser Payudara

Apabila kanser payudara telah dikenalpasti, beberapa ujian lain akan dijalankan untuk memastikan samada sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian lain. Proses ini dikenali sebagai pengkelasan. Pengkelasan dapat membantu doktor untuk merancang rawatan yang sesuai berdasarkan peringkat penyakit ini.

Berikut adalah pengkelasan yang digunakan untuk kanser payudara:

Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)

Merupakan kanser pada peringkat paling awal yang berlaku dalam lebih kurang 15 -20% dari semua kes kanser payudara. Pesakit yang mengalami keadaan ini memiliki risiko sebanyak 25% untuk memperolehi kanser payudara dalam masa 25 tahun akan datang.

Terdapat dua jenis: kanser lobular dan kanser duktus yang masing-masing membawa risiko yang berbeza.

Peringkat I

Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.

Peringkat II

Termasuklah salah satu dari yang berikut:

Tumor berukuran kurang dari 2 sm, tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan

Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.

Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.

Peringkat III

Peringkat ini dibahagikan kepada peringkat IIIA dan IIIB.

Peringkat IIIA merupakan salah satu daripada yang berikut :

Tumor yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun melekat dengan struktur lain.

Tumor yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan Peringkat IIIB pula terdiri dari salah satu daripada jenis berikut:

Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada)

Tumor telah merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di sepanjang tulang dada.

Peringkat IV

Tumor telah merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak

Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka.

Kanser Payudara Inflamasi

Kanser payudara inflamasi adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara jenis ini cepat merebak.

Kejadian Semula

Kejadian semula ini bermaksud kanser tersebut muncul kembali setelah dirawat. Ia mungkin tumbuh dalam payudara, tisu lembut di dada ataupun di bahagian lain-lain dalam badan.

Rawatan Farmakologi

Kemoterapi

Kemoterapi merupakan rawatan menggunakan dadah antikanser. Dadah ini boleh diberikan secara intravena (disuntik ke dalam salur darah) atau secara oral (ditelan). Dadah ini akan bergerak melalui saluran darah dan bertindak ke atas sel-sel kanser di seluruh badan. Kemoterapi digunakan untuk :

Mengurangkan kemungkinan berulang semula kanser tesebut.

Mengecutkan tumor sebelum pembedahan

Mengawal penyakit ini apabila kanser telah didapati merebak ke tisu-tisu lain dalam badan.

Contoh-contoh dadah antikanser yang biasa digunakan ialah Siklofosfamid, Metotreksat, Doksirubicin. Biasanya gabungan beberapa dadah antikanser adalah lebih berkesan dari menggunakan satu jenis dadah sahaja. Contoh kombinasi yang digunakan ialah Siklofosfamid bersama Metotreksat dan Flurourasil (singkatannya CMF).

Terapi hormon

Terapi hormon melibatkan penggunan dadah anti-estrogen untuk menyekat pertumbuhan sel-sel kanser. Estrogen adalah hormon semula jadi yang ada pada setiap wanita. Hormon ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Dadah anti-estrogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen. Telah dikenalpasti bahawa status reseptor estrogen (ER+ve dan PR+ve) yang ada pada seseorang wanita itu dalam jumlah yang tertentu boleh membantu dalam rawatan ini.

Komplikasi dari rawatan

Pembedahan, terapi sinaran, kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan sampingan masing-masing

Kesan sampingan pembedahan termasuklah bengkak, sakit dan keras di tempat pembedahan. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakan lengan dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan.

Kesan sampingan kemotarapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan, jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan. Kesan sampingan kemoterapi termasuklah pening kepala, muntah-muntah, hilang selera makan, keguguran rambut, ketidakselesaan mulut dan gangguan kitaran haid.

Di dalam terapi sinaran, sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Kesan sampingan sementara yang muncul termasuklah payudara terasa bengkak dan berat, perubahan pada kulit tempat radiasi ditujukan dan kelesuan.

Di dalam terapi hormon, kesan sampingannya berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita. Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj (yang bukan haid), peningkatan berat badan dan gangguan emosi. Dadah-dadah jenis ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki.

Rawatan untuk pesakit kanser payudara memerlukan pelbagai disiplin rawatan. Setiap pesakit memerlukan lebih dari satu rawatan berikut:

Pembedahan (membuang kanser melalui proses pembedahan)

Terapi sinaran (radiasi) (menggunakan x-ray pada dos yang tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser)

Kemoterapi (menggunakan dadah untuk membunuh sel-sel kanser)

Terapi hormon (menggunakan dadah yang dapat mengubah fungsi hormon atau membuang organ yang menghasilkan hormon tersebut seperti ovari)

RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI

Pembedahan

Pembedahan disarankan sebagai rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi

Lumpektomi adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja

Prosedur membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang

Dalam mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.

Terapi radiasi

Terapi sinaran adalah rawatan yang tidak menyakitkan. Ia menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia biasanya disarankan selepas lumpektomi untuk memusnahkan segala sel-sel kanser yang masih ada bagi mengelakkan kanser tersebut berulang. Biasanya sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di luar badan di bahagian yang terlibat dengan kanser.

Pemantauan / Amaran

Pemantauan dan Langkah Berjaga-jaga

Kanser payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Apakah pemeriksaan yang diperlukan oleh seorang wanita?

Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun. Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40 - 49 tahun perlu berjumpa doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Periksa payudara anda 3 hari selepas haid anda berakhir atau pada hari pertama setiap bulan jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa.

Kaedah 1

Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.

Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri

Kaedah 2

Anda perlu berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara anda menggunakan kaedah ini

Periksa payudara anda semasa berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupabentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua belah payudara.

Kaedah 3

Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.

Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan

Anda mungkin dapat mengesan beberapa perubahan atau kewujudan ketulan dalam payudara. Kebanyakan ketumbuhan tersebut bukanlah kanser. Kadangkala ketulan tersebut menyakitkan dan keras disebabkan kitaran haid. Cara terbaik untuk mengesahkan ketumbuhan yang anda alami ialah dengan merujuk kepada doktor untuk penyiasatan lanjut dan pengesahan.

Mamografi

Mamografi bukan sahaja dianggap sebagai ujian penyiasatan bagi penyakit ini, tetapi ia juga merupakan satu prosedur pemantauan yang penting. Ujian mamografi rutin membolehkan kanser dikesan lebih awal. Mamografi boleh mendatangkan faedah kepada wanita yang mengamalkannya sebagai satu ujian penyaringan bagi kanser payudara.

Wanita berumur 40 tahun dan lebih perlu menjalani ujian ini sekali dalam 1 hingga 2 tahun

Wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun perlu menjalani ujian ini setiap tahun

Jika doktor anda menjumpai ketumbuhan pada payudara anda, anda perlu menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala tanpa mengira umur anda

Apa itu mamografi

Mamografi ialah satu proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil mamogram. Prosedur ini biasanya memperlihatkan 2 sudut bagi setiap satu payudara.

Fungsi:

Mamografi boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman.

Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara

Mamogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal, mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak mempamerkan sebarang gejala kanser payudara.

Adakah ia selamat?

Dalam beberapa tahun ini, jumlah sinaran yang diperlukan untuk menghasilkan mamogram yang berkualiti tinggi telah diturunkan parasnya.

Syarat untuk mamogram

Jika doktor mencadangkan bahawa anda perlukan mamogram, lakukanlah dengan segera. Di antara gejala-gejala kanser payudara yang penting adalah perubahan bentuk atau kontur payudara, pembentukan lekukan, perubahan pada kulit di sekeliling puting, terkeluar bendalir dari puting, ketumbuhan atau penebalan kulit berlaku atau segala perubahan yang dirasa tidak normal.

Mamografi adalah amat berfaedah bagi wanita yang mengamalkannya sebagai salah satu daripada pemeriksaan kanser rutin mereka.

Prognosis

Bergantung kepada:

Peringkat tumor

Saiz tumor

Bilangan nodus limfa yang terlibat

Status reseptor estrogen

Perkara-perkara lain

Dengan pengesanan awal, pesakit kanser payudara mempunyai 95% peluang untuk meneruskan hidup

Pencegahan

Sebarang faktor yang boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu mendapat kanser payudara diketahui sebagai faktor risiko. Sesetengah faktor risiko itu boleh dikawal. Ia dikenali sebagai faktor risiko bolehubah.

Faktor risiko boleh diubahsuai termasuklah gaya hidup seseorang seperti pengambilan alkohol, berat badan dan diet. Menurunkan berat badan yang berlebihan boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Senaman yang sesuai yang disertai dengan pemakanan yang seimbang boleh membantu menurunkan berat badan. Rujuk kepada doktor anda untuk mengetahui senaman yang paling sesuai untuk anda. Diet yang tinggi lemak dikatakan mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Untuk menurunkan risiko ini, ambil makanan rendah lemak dan tinggi kandungan seratnya. Contoh makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kanser payudara boleh dirawat jika ia masih berada di peringkat awal. Untuk mengelakkan komplikasi selanjutnya, setiap wanita perlu mengamalkan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), dapatkan pemeriksaan klinikal payudara secara tekal dan lakukan saringan mamografi pada jangka waktu yang tetap. Saringan dan pemantauan secara tekal boleh mengesan sebarang perubahan pada payudara dan mengelakkan kesan yang tidak diingini.

Kaedah Alternatif Pantang Larang Kanser Bagi pengidap barah payu dara
Langkah pencegahan dan rawatan Alternatif
Apricot Kernel Recipes



PEMBELIAN SECARA ONLINE

Kami sedia membantu .Sila Hubungi :

B17 Biotech Sdn Bhd

Tel: 03-7831 0398

b17biotechsales@gmail.com

-------------------------------------------------------------

Unit Penerangan & Pemasaran Produk B17 :
-------------------------------------------------------------
Rafee Ailiah - Executive & Motivation Director :


012 9642466, 012 4172466,

PENERANGAN PRODUK


Rabiatu Adawiah

012 4172466

Saloma: 012-5012466


SENARAI STOKIS YANG DAPAT MEMBANTU ANDA

KELANTAN

Wakaf Baharu

RA ikhwan Marketing

No 214 Jalan Hilir Wakaf Bharu, 16250 Wakaf Baharu, Kelantan.

HAJI WAHAB
Hp: 019-9533201 / 012-908 0106 / 012 9642466

SELANGOR

Shah Alam & Lembah Klang.

Kajang & Bangi

Hamdan

NO. 33, JALAN SRI DAMAK 56,

TAMAN SRI ANDALAS, 41200

KLANG, SELANGOR

HP : 012 - 9642466

Fairuz

NO. 10, 3/6 JALAN IMPIAN PUTRA,

TAMAN IMPIAN PUTRA,

43000 KAJANG, SELANGOR.

HP: 012- 9642466

Taman Tun Dr Ismail

Petaling Jaya

Roziyah
9 Lengkok Zaaba2,
Tmn Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Hp: 012- 9642466.

Dr Chai

Pusat Rawatan Reumatisma dan Arthritis, No 12 Tingkat 1, Jalan Ss2/67 Petaling Jaya , Hp 012 9642466

Shah Alam

Shah Alam

Dr Aisyah (Pakar B17 Therapy)

Personaliti TVSam Syifa Clinic Complementary

No 4 Jalan Boling Padang G13/G,Sek 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Hp: 013- 4525198

Rosmayati Bt Yusuf

No 73 Jalan Elektron, U16 / 19, 40160
Shah Alam Selangor.
Hp 018- 3954143 / 012 3627054

Bandar Baru Bangi

Rawang

Jaffrizin Ismail

No 15, Jln 3/43,Seksyen 3,

Bandar Baru Bangi.

Hp: 012-379 9272

Zurina Bt Shamsudin

No.49 Jalan 3/34,

Bandar Tasik Puteri.

48020 Rawang Selangor

Hp: 014 - 2365879 / 019 3681269

Subang Jaya

Puan Julia

6, Jalan SS18/3A, Subang Jaya.

Email:juliagraviola@gmail.com

Hp : 010-2592588

KEDAH

Alor Star

Sungai Petani & Pendang.

Puan Mariam Yahya

NO. 4 TAMAN EMAS,

JALAN TERATAI JINGGA, 10 OFF JALAN PEGAWAI, 05050

ALOR SETAR, KEDAH D.A

H/P 013-5353525

Noraini bt Abdul Rahman

No. 41, Kg Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

HP : 012 9642466

KUALA LUMPUR

Ampang Jaya

Tmn Tun Dr Ismail

Zulina

No.115, Jalan Rasmi, Taman Rasmi Jaya , Ampang Jaya 68000

Ampang.

H/P: 019 2558515

Roziyah
9 Lengkok Zaaba2,
Tmn Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
012- 9642466

MELAKA

Masjid Tanah

Bukit Piatu

Norhayati Abdul Rahim / Hamidah Abd Rahim
AG 2977 Pekan Masjid Tanah,78300 Melaka.

Hp: 019-668 9134 ( Yati )

013-6011365 ( Hamidah ).

Ustaz Ibrahim Ahmad

Km 4, 208-3 Lorong Hj Ahmad Baba,

Jalan Bakti Solok Musai, Bukit Piatu,75150 Melaka.

Hp: 019-6573314 / 019-7738937

Lipat Kajang

Ustaz Hj Sani

J6731 Bukit Tinggi,Jalan Lipat Kajang,

77000 Melaka.

Hp: 013-6130215

NEGERI SEMBILAN

Gemas

Seremban

OMAR ABDULLAH

Lot 4729 kg Londah

Gemas Negeri Sembilan

H/P : 013-6900 255

WhatsApp : 016 - 977 0369

Mat Ali bin Jalaludin.

Batu 7 Kampung Pantai,

71770 Seremban,

Negeri Sembilan.

Hp: 014-6638165

JOHOR

Suzanah Welas

No 17, Jalan Kebangsaan ,

Taman Universiti,

81300 Skudai, Johor.

Hp: 019-7555251

Hj Mansor Ismail /

Hjh Musalmah

39, Jalan Perdana 2/30,
Taman Bukit Perdana,
83000 Batu pahat, Johor.
Hp: 019-7567281 / 019-7557281

PERAK

Ipoh

Ahmad Niza Baharom

135, Jalan Meru Impian 3, Halaman Meru Impian, 30020 Ipoh, Perak.

Hp : 012-2233255

PULAU PINANG

Prai

Bandar Perda

Dr.Maswati

No 30, Lorong Pauh Jaya 4/5.Taman Pauh Jaya 13700,Prai Pulau Pinang,
Hp: 012-6056612.

Siti Aishah Bt Yahya.

Blok C- 10 - 09 Kondo Mutiara, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Hp: 012- 9642466

Kepala Batas

Kepala Batas

Dr. Safari Bin Kashmiran

MBBS (Australia)

Klinik Dr. Safari

49A, Jalan Shahbandar 2,

Bertam perdana 3,

13200, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hp: 016-4416973

Nor Azura Abdul Ghani

R.Ph, MMPS, B. Pharm (Australia)

Managing Director / Pharmacist

Zuera Medic Sdn. Bhd.

28-A, Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Email :zueramedic@yahoo.com

Hp: 016-4416973

Butterworth

Ahmad Moktar

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang,

Tingkat 3 dan 4

Jalan Kampung Gajah

B’worth

Hp: 014 9535874

TERENGGANU

Kuala Terengganu

Cikgu Rumaiza Zakaria

Lot PT 450 . Kg Pengkalan Setar,

Jalan Atas Tol, 20050 Kuala Terengganu,Terengganu.

Hp: 013-9847455

SABAH

Kota Kinabalu

Papar

Edana @ Fanella Donysius Hse

No 6 Lot 29, Lorong Pokok Seraya 5E/1, Taman Khidmat, 88300

Kota Kinabalu.

HP : 019-851 7456

Siti Nurshafiqa Jos Abdullah

Hse No 184, Lorong 9 Taman Mawar ,

Jln SPUR, 89600 Kinarut, Papar Sabah.
Hp: 016-4143327 / 012 868 3327

Kota Kinabalu

Kota Belud

Poedjo Soesilotomo

Kingfisher Park, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. tominawam@yahoo.com.sg

016-8333007

Cikgu Safwan Ahmad

Smk Arshad, Peti Surat 19,89157, Kota Belud, Sabah.

019-8518038

SARAWAK

Limbang

Kuching

Puan Nancy Upai

Lot 134 Taman Sri Pambun

98700 Limbang Serawak

01129913702

Mr Lam Chee Chong

66, Taman Star, Jalan Maong Tengah 6,

93150 Kuching, Sarawak

013 816766.

INDONESIA

Medan

Batam

Juyang Hastralim

Jalan Multatuli, Kompleks Multatuli Indah,

Blok A No. 28, Medan

Hp : +62614558818 HP : +628126033188

Astin Ardiningsih Perum

VilaMukakuning,

Blok D5 No 42B Batuaji Batam.

Hp : 081372631231 / 087791137597

BRUNEI

Pengkalan Gadung .

Pg Hj Abd Rahman Bin Omar

Newedge Beaute & Fitness Centre

No. 6, Block C, Sempurna Complex, Jalan Batu Bersurat, Pengkalan Gadung BE3519 Brunei Darussalam.

Hp: +6738984844