B17 dan Kanser buah pinggang



B17 Dan Kanser buah pinggang
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

RCC tidak pilih mangsa

KANSER memang penyakit yang menakutkan kerana ia bukan saja dikaitkan dengan kematian, malah kaedah rawatannya lebih ‘keras’ berbanding penyakit lain, terutama jika kanser dihidapi sampai ke peringkat serius.

Rawatan kanser menjadi lebih payah jika ia merebak ke organ atau bahagian badan lain (dipanggil mengalami metastasis). Bagaimanapun, ini kerap dialami pesakit kanser buah pinggang apabila mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kajian menunjukkan hampir 30 peratus pesakit kanser buah pinggang mengalami metastasis ketika penyakit mereka dikesan. Dalam kebanyakan kes, kanser mereka merebak ke paru-paru, tisu lembut, tulang, hati, kulit dan sistem saraf pusat.

Sebagaimana kanser lain, kehadiran kanser buah pinggang jarang disedari. Ini menyebabkan kebanyakan kes sampai ke peringkat serius (peringkat ketiga dan keempat) apabila penyakit dikesan — itupun selepas pesakit mengalami pelbagai gejala kesihatan.
Kanser buah pinggang mungkin tidak popular seperti kanser payu dara atau prostat kerana ia hanya membabitkan tiga peratus penduduk dewasa di setiap negara.
Namun, yang membimbangkan ialah berlakunya peningkatan jumlah pesakit, terutama di kalangan warga emas lelaki berumur 60 hingga 69 tahun dan ia dikategorikan sebagai 10 kanser utama yang menyebabkan kematian.

Pada 2002, kira-kira 208,000 orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini (dan 37,000 daripadanya rakyat Amerika) serta 102,000 meninggal dunia.

Jumlah pesakit kanser buah pinggang di Amerika Syarikat tahun lalu dianggarkan 36,000 orang dan 40 peratus daripadanya berakhir dengan kematian.

Sehingga hari ini, lebih 57,000 kes kanser buah pinggang dikesan di Amerika dan dianggarkan 13,000 pesakit akan meninggal dunia walaupun mendapat rawatan.

Secara global, kanser buah pinggang adalah kanser keenam paling lazim (terutama pada peringkat III dan IV) di dunia selepas kanser paru-paru, payu dara, kolorektal, prostat dan hati.

Di Malaysia, kanser ini di tangga ke-17 bagi lelaki dan ke-20 bagi wanita dan kemungkinan menghidap kanser buah pinggang meningkat dengan cepat selepas berumur 40 tahun.

Kaum Cina lebih ramai menghidap kanser ini berbanding Melayu dan India. Lebih 90 peratus kes dikesan pada pesakit berumur 45 tahun ke atas.

Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gurcharan Singh Khera, berkata berdasarkan laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan 2003, sebanyak 305 kes kanser buah pinggang dicatatkan di Semenanjung Malaysia empat tahun lalu dan kini jumlahnya dijangka lebih tinggi.

Antara jenis kanser buah pinggang paling biasa ialah sel renal karsinoma (RCC) iaitu 85 peratus daripada semua kes kanser buah pinggang.

Walaupun RCC kerap berlaku pada lelaki tua (dua kali ganda berbanding wanita), ia juga boleh menyerang wanita dan lelaki pada semua peringkat umur. Biasanya, wanita mendapat kanser buah pinggang selepas berumur 70 tahun.

Insiden RCC di Malaysia ialah 2.1 kes bagi 100,000 penduduk atau 203 kes pesakit lelaki dan 102 pesakit wanita pada 2003.

Sehingga kini punca sebenar kanser buah pinggang masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi banyak faktor risiko menyumbang kepada penyakit ini, termasuk gaya hidup tidak sihat, kurang bersenam dan banyak makan makanan yang kaya lemak.

“Walaupun ada kajian mengaitkan kanser buah pinggang dengan faktor genetik, kesnya sangat kecil. Namun, bagi individu yang ada sejarah RCC dalam keluarga, mereka ada risiko lebih tinggi mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

“Bagaimanapun, penyelidik tidak menolak ia disebabkan berlakunya mutasi (perubahan genetik) sehingga terjadi pertumbuhan sel epitelium renal (lapisan sel dalam buah pinggang) yang tidak terkawal,” katanya ketika pelancaran ubat oral baru Nexavar yang mengandungi bahan aktif sorafenib anjuran Bayer Schering Pharma.

Bagaimana RCC terjadi?

Pembentukan RCC bermula dengan satu ketumbuhan unilateral (pada satu sisi), bintik atau bergelung. Ia boleh menjadi besar sehingga tujuh sentimeter (tiga inci). Ia juga boleh bermula sebagai ketumbuhan dalam salur darah yang menyambungkan buah pinggang.

Sel kanser ini mempunyai sifat unik dan memerlukan darah serta nutrien untuk membesar. Sel kanser ini boleh menyebabkan pembentukan cabang baru pada salur darah sedia ada untuk membekalkan darah kepadanya.

Cabang salur darah yang baru (salur darah tidak normal) ini kemudian menjadi banyak untuk mengalirkan lebih banyak darah dan mempercepatkan proses pembesaran sel kanser.

Apabila kanser bertambah besar, ia merebak ke organ atau bahagian badan lain melalui salur darah tidak normal tadi dan memasuki ureter (salur kencing) atau pembuluh darah pada jantung.

Yang membimbangkan ialah kanser buah pinggang boleh merebak ke organ lain atau mengalami metastasis sebelum menunjukkan sebarang gejala.

Kajian mendapati 25 hingga 30 peratus kes kanser buah pinggang sudah merebak ketika dikesan. Antara organ yang paling kerap dijangkiti ialah paru-paru, tisu lembut, tulang, hati dan otak.

Tanda dan gejala

Kebanyakan kes kanser buah pinggang atau RCC tiada tanda awal. Tanda hanya dapat dikesan apabila penyakit sampai ke peringkat serius atau merebak ke bahagian badan lain.

Ada juga kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus pesakit hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka apabila kanser buah pinggang memasuki peringkat ke-4 (paling serius).

Bagaimanapun, menurut Perunding Onkologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr Ibrahim Wahid, beberapa tanda awal perlu diberi keutamaan iaitu apabila kencing mengandungi darah dan berasa sakit pada bahagian rusuk atau belakang. Namun bukan semua pesakit mengalami tanda ini.

Rawatan

Walaupun kes kanser buah pinggang jauh lebih kecil berbanding kanser lain, ia sangat menakut dan membimbangkan kerana sukar dirawat, terutama jika sampai ke peringkat serius (peringkat ketiga dan keempat).

Di seluruh dunia, dianggarkan 40 hingga 50 peratus pesakit kanser buah pinggang berakhir dengan kematian, walaupun mendapat rawatan.

“Kanser buah pinggang lanjutan sangat sukar dirawat dan ia tidak bertindak balas kepada rawatan kemoterapi atau terapi hormon yang digunakan bagi merawat kanser lain. Walaupun kita ada ubat lebih kuat, ia memberi kesan sampingan teruk kepada pesakit,” kata Perunding Perubatan Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Christina Ng.

Penggunaan ubat lain seperti interleukin-2 dan interferon; walaupun boleh mengecilkan ketumbuhan, tetapi ia mendatangkan kesan sampingan serius dan hanya 10 hingga 20 peratus pesakit bertindak balas kepada ubat berkenaan dengan kadar pemanjangan hayat selama 10 bulan.

Namun, penghasilan ubat sorafenib dalam bentuk pil makan yang diambil dua kali sehari memberi harapan baru besar kepada pesakit.

Ubat berkenaan direka dengan dua fungsi utama, iaitu bertindak ke atas sel kanser dan salur darah pada kanser. Ia bertindak dengan merencatkan tindakan reseptor kinase yang bertanggungjawab dalam menggalakkan pertumbuhan kanser dan menghentikan pembentukan salur darah baru yang membekal nutrien pada sel kanser,

Kajian Pendekatan Penilaian Dalam Penilaian Kanser Renal Global (TARGETs) ke atas 769 pesakit kanser buah pinggang peringkat ketiga dan keempat di 19 negara mendapati, kadar pemanjangan jangka hayat pesakit yang menerima ubat sorafenib lebih panjang iaitu 19.3 bulan berbanding kumpulan kawalan (pesakit yang diberikan ubat kosong) iaitu hanya 15.9 bulan.

Kajian itu juga mendapati, risiko ketumbuhan merebak atau pesakit meninggal dunia ketika rawatan juga berkurangan 50 peratus. Sebanyak 84 peratus pesakit yang diberi sorafenib menunjukkan keadaan penyakit yang terkawal atau bertambah baik berbanding hanya 55 peratus bagi kumpulan kawalan.

Pada peringkat akhir kajian, 48 peratus pesakit dalam kumpulan kawalan diberikan ubat sorafenib dan didapati mereka juga mendapat manfaatnya.

Lebih menarik, ubat ini didapati lebih mudah diterima dan kurang kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang dilaporkan ialah cirit-birit; tindak balas pada kaki, tangan dan kulit; kelesuan dan pendarahan. Bagaimanapun, ia masih boleh ditanggung dan hanya bersifat sementara.

Dr Ibrahim berkata, selama ini pakar perubatan memberi tumpuan kepada kemoterapi atau radioterapi untuk merawat kanser, tetapi kini beralih kepada rawatan terapi khusus.

Ia perkembangan baik kerana pesakit kanser buah pinggang tidak perlu lagi berdepan kesan sampingan kemo atau radioterapi yang menyebabkan mereka mengalami keguguran rambut, loya, muntah, cirit birit, ruam dan kelesuan.

Bagaimanapun, ubat ini juga boleh meningkatkan tekanan darah pada peringkat awal rawatan. Pesakit dipantau pada minggu pertama hingga keenam bagi mengelak komplikasi tidak diingini.

Dr Ng berkata, bagi kes yang mengalami kesan sampingan teruk atau berkekalan, rawatan ditangguhkan sementara. Doktor melakukan pengubahsuaian dos atau sebarang perubahan rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.

Walaupun sorafenib oral diluluskan di 50 negara untuk merawat kanser buah pinggang, ia juga dilihat satu perkembangan positif bagi kes kanser lain seperti kanser paru-paru, payu dara dan melanoma malignan.

Faktor risiko RCC

a. Faktor gaya hidup dan pemakanan
Merokok (perokok mempunyai risiko dua kali lebih tinggi).
Obesiti.
Makanan tinggi lemak.
Kurang bersenam.

b. Faktor persekitaran dan pekerjaan
Terdedah kepada bahan kimia seperti kadmium.
Pelarut mengandungi klorin.
Bahan petrokimia.
Cat dan bahan mengandungi pelarut.
Asbestos.

c. Faktor lain
Terlalu lama menjalani dialisis.
Tekanan darah tinggi.
Terlalu lama mengambil ubat tahan sakit (analgesik).
Penyakit sistik pada buah pinggang.
Faktor genetik — berlaku mutasi pada bahan baka.

Tanda
Kencing berdarah (hematuria).
Sakit pada bahagian rusuk (sisi badan).
Sakit belakang.
Ada ketulan pada bahagian rusuk dan abdomen.
Hilang selera makan.
Berat badan menurun.
Demam.
Kelesuan melampau.
Tekanan darah meningkat.
Ketidaknormalan elektrolit (kandungan ion dalam cecair badan).
Gejala berterusan dengan sindrom paraneoplastik (gejala yang disebabkan kehadiran kanser).


Produk Cadangan:  

PEMBELIAN SECARA ONLINE

Kami sedia membantu .Sila Hubungi :

B17 Biotech Sdn Bhd

Tel: 03-7831 0398

b17biotechsales@gmail.com

-------------------------------------------------------------

Unit Penerangan & Pemasaran Produk B17 :
-------------------------------------------------------------
Rafee Ailiah - Executive & Motivation Director :


012 9642466, 012 4172466,

PENERANGAN PRODUK


Rabiatu Adawiah

012 4172466

Saloma: 012-5012466


SENARAI STOKIS YANG DAPAT MEMBANTU ANDA

KELANTAN

Wakaf Baharu

RA ikhwan Marketing

No 214 Jalan Hilir Wakaf Bharu, 16250 Wakaf Baharu, Kelantan.

HAJI WAHAB
Hp: 019-9533201 / 012-908 0106 / 012 9642466

SELANGOR

Shah Alam & Lembah Klang.

Kajang & Bangi

Hamdan

NO. 33, JALAN SRI DAMAK 56,

TAMAN SRI ANDALAS, 41200

KLANG, SELANGOR

HP : 012 - 9642466

Fairuz

NO. 10, 3/6 JALAN IMPIAN PUTRA,

TAMAN IMPIAN PUTRA,

43000 KAJANG, SELANGOR.

HP: 012- 9642466

Taman Tun Dr Ismail

Petaling Jaya

Roziyah
9 Lengkok Zaaba2,
Tmn Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Hp: 012- 9642466.

Dr Chai

Pusat Rawatan Reumatisma dan Arthritis, No 12 Tingkat 1, Jalan Ss2/67 Petaling Jaya , Hp 012 9642466

Shah Alam

Shah Alam

Dr Aisyah (Pakar B17 Therapy)

Personaliti TVSam Syifa Clinic Complementary

No 4 Jalan Boling Padang G13/G,Sek 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Hp: 013- 4525198

Rosmayati Bt Yusuf

No 73 Jalan Elektron, U16 / 19, 40160
Shah Alam Selangor.
Hp 018- 3954143 / 012 3627054

Bandar Baru Bangi

Rawang

Jaffrizin Ismail

No 15, Jln 3/43,Seksyen 3,

Bandar Baru Bangi.

Hp: 012-379 9272

Zurina Bt Shamsudin

No.49 Jalan 3/34,

Bandar Tasik Puteri.

48020 Rawang Selangor

Hp: 014 - 2365879 / 019 3681269

Subang Jaya

Puan Julia

6, Jalan SS18/3A, Subang Jaya.

Email:juliagraviola@gmail.com

Hp : 010-2592588

KEDAH

Alor Star

Sungai Petani & Pendang.

Puan Mariam Yahya

NO. 4 TAMAN EMAS,

JALAN TERATAI JINGGA, 10 OFF JALAN PEGAWAI, 05050

ALOR SETAR, KEDAH D.A

H/P 013-5353525

Noraini bt Abdul Rahman

No. 41, Kg Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

HP : 012 9642466

KUALA LUMPUR

Ampang Jaya

Tmn Tun Dr Ismail

Zulina

No.115, Jalan Rasmi, Taman Rasmi Jaya , Ampang Jaya 68000

Ampang.

H/P: 019 2558515

Roziyah
9 Lengkok Zaaba2,
Tmn Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
012- 9642466

MELAKA

Masjid Tanah

Bukit Piatu

Norhayati Abdul Rahim / Hamidah Abd Rahim
AG 2977 Pekan Masjid Tanah,78300 Melaka.

Hp: 019-668 9134 ( Yati )

013-6011365 ( Hamidah ).

Ustaz Ibrahim Ahmad

Km 4, 208-3 Lorong Hj Ahmad Baba,

Jalan Bakti Solok Musai, Bukit Piatu,75150 Melaka.

Hp: 019-6573314 / 019-7738937

Lipat Kajang

Ustaz Hj Sani

J6731 Bukit Tinggi,Jalan Lipat Kajang,

77000 Melaka.

Hp: 013-6130215

NEGERI SEMBILAN

Gemas

Seremban

OMAR ABDULLAH

Lot 4729 kg Londah

Gemas Negeri Sembilan

H/P : 013-6900 255

WhatsApp : 016 - 977 0369

Mat Ali bin Jalaludin.

Batu 7 Kampung Pantai,

71770 Seremban,

Negeri Sembilan.

Hp: 014-6638165

JOHOR

Suzanah Welas

No 17, Jalan Kebangsaan ,

Taman Universiti,

81300 Skudai, Johor.

Hp: 019-7555251

Hj Mansor Ismail /

Hjh Musalmah

39, Jalan Perdana 2/30,
Taman Bukit Perdana,
83000 Batu pahat, Johor.
Hp: 019-7567281 / 019-7557281

PERAK

Ipoh

Ahmad Niza Baharom

135, Jalan Meru Impian 3, Halaman Meru Impian, 30020 Ipoh, Perak.

Hp : 012-2233255

PULAU PINANG

Prai

Bandar Perda

Dr.Maswati

No 30, Lorong Pauh Jaya 4/5.Taman Pauh Jaya 13700,Prai Pulau Pinang,
Hp: 012-6056612.

Siti Aishah Bt Yahya.

Blok C- 10 - 09 Kondo Mutiara, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Hp: 012- 9642466

Kepala Batas

Kepala Batas

Dr. Safari Bin Kashmiran

MBBS (Australia)

Klinik Dr. Safari

49A, Jalan Shahbandar 2,

Bertam perdana 3,

13200, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hp: 016-4416973

Nor Azura Abdul Ghani

R.Ph, MMPS, B. Pharm (Australia)

Managing Director / Pharmacist

Zuera Medic Sdn. Bhd.

28-A, Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Email :zueramedic@yahoo.com

Hp: 016-4416973

Butterworth

Ahmad Moktar

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang,

Tingkat 3 dan 4

Jalan Kampung Gajah

B’worth

Hp: 014 9535874

TERENGGANU

Kuala Terengganu

Cikgu Rumaiza Zakaria

Lot PT 450 . Kg Pengkalan Setar,

Jalan Atas Tol, 20050 Kuala Terengganu,Terengganu.

Hp: 013-9847455

SABAH

Kota Kinabalu

Papar

Edana @ Fanella Donysius Hse

No 6 Lot 29, Lorong Pokok Seraya 5E/1, Taman Khidmat, 88300

Kota Kinabalu.

HP : 019-851 7456

Siti Nurshafiqa Jos Abdullah

Hse No 184, Lorong 9 Taman Mawar ,

Jln SPUR, 89600 Kinarut, Papar Sabah.
Hp: 016-4143327 / 012 868 3327

Kota Kinabalu

Kota Belud

Poedjo Soesilotomo

Kingfisher Park, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. tominawam@yahoo.com.sg

016-8333007

Cikgu Safwan Ahmad

Smk Arshad, Peti Surat 19,89157, Kota Belud, Sabah.

019-8518038

SARAWAK

Limbang

Kuching

Puan Nancy Upai

Lot 134 Taman Sri Pambun

98700 Limbang Serawak

01129913702

Mr Lam Chee Chong

66, Taman Star, Jalan Maong Tengah 6,

93150 Kuching, Sarawak

013 816766.

INDONESIA

Medan

Batam

Juyang Hastralim

Jalan Multatuli, Kompleks Multatuli Indah,

Blok A No. 28, Medan

Hp : +62614558818 HP : +628126033188

Astin Ardiningsih Perum

VilaMukakuning,

Blok D5 No 42B Batuaji Batam.

Hp : 081372631231 / 087791137597

BRUNEI

Pengkalan Gadung .

Pg Hj Abd Rahman Bin Omar

Newedge Beaute & Fitness Centre

No. 6, Block C, Sempurna Complex, Jalan Batu Bersurat, Pengkalan Gadung BE3519 Brunei Darussalam.

Hp: +6738984844