Tapai ubi merawat kanser





















Tapai ubi untuk mencegah dan Merawat kanser?


JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.

Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.

Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.

Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan
Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.

Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.

Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.

Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami
cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.

Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.

Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.

``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Norfiah : 0125012466

(Pengurus Jualan On Line )

RA Alikhwan Marketing

Haji Abdul Wahab Jusoh

No.214, Jalan Hilir Wakaf Bharu, Sebelah Jazliya Bridal,16250 Wakaf Bharu, Kelantan

HP : 019-953.3201 / 012-908.0106

SELANGOR

SELANGOR

Enigma Multibiz-Suite 107, MBE Empire Subang,P-05A, Empire Shopping Gallery,Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.Selangor Darul Ehsan

HP : (019) 337.7748

Mohd Fairuz bin Abdul Wahab.-No. 10, Jalan Impian Putra 3/6, Taman Impian Putra Kajang / Bangi ,43000 Kajang.Selangor

HP : (012) 394.5228

Dr Asyah ( B17 Metabolic Therapy dan Personaliti TV )

Sam Syifa Complementary Clinic,No 40 Jalan Boling Padang,G13/G Seksyen 13,.40100 Shah Alam Selangor

HP : (013) 4525198

Zailan Mazlan.-No. 9, Jalan Kajang Raya 3,Taman Kajang Raya,43000 Kajang.Selangor

HP : (012) 588.8501

KUALA LUMPUR

PULAU PINANG

Rihainah Binti Ismail

3-205, Jalan 3/9. Cempaka Aparment, 68100, Batu Caves Selangor.

HP : (012) 9542355

Siti Asyah & Adnan Bin Chin

Blok- C - 10- 9- , Kondominium Mutiara , Jalan Perda Barat, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang .

HP : (012) 5459551

TERENGGANU

KELANTAN

Sri Wandass Collection-D1/33, Taman Medan Jaya.Rusila, Marang

HP : (013) 916.3802

SH Nizam Enterprise-(Pengedar Persekitaran HUSM),Lot 847, Kg. Pengkalan Nangka,Pengkalan Chepa.Kota Bharu

HP : (019) 936.2993

Ustaz Azhar Ali- ( Juga Menawarkan Rawatan Therapi Al Quran )

Lot 138, Kg. Padang Negara,,Depan Istana Badariah,,Jalan Sultan Mahmood,Kuala Terengganu

HP : (010) 914.8501

Nor Asma Sulaiman- (Pengedar Persekitaran HRPZII).PT. 1174, Tanjung Mas,Kota Bharu

HP : (017) 909.9182

Cikgu Rumaiza Zakaria- Sek Keb Sultan Sulaiman II Kuala Terengganu

HP : (013) 9847455

Abi Zuhdi Yusof- (Pengedar Jalan Pasir Mas-Salor)Lot 1046, Batu 7 ½ , Kg. Salor Kota Bharu

HP : (014) 533.9024 / (09) 701.1031

JOHOR

KEDAH

Lenny Aziz- B-04-06, Sri Impian Apartment,Larkin Perdana.. Johor Bharu

HP : (016) 733.7380

Puan Mariam- Koperasi Sutrawati 1280B Persiaran Sultan Abdul Hamid , Jalan Pegawai 05050 Alor Star. Kedah Darul Aman

HP : (013) 438.7554

PERAK

Dr Maswati / Ahmad Niza Baharom-135 Jalan Meru Impian 3,Halaman Meru Impian.30020 Ipoh, Perak

HP : (012) 2233255

MELAKA

SABAH

Ibrahim Hamad-Km 4 208-3, Lorong Haji Ahmad Baba, Jalan Bakti Solok Masai, Bukit Piatu 75150 Melaka .

HP : (019) 7738937

HJ Sani J 6731 Bukit Tinggi , Jalan Lipat Kajang 77000 Jasin Melaka.

HP : (013) 6130215

Nurshafiqa Jos Abdullah-No 21 Lorong Selungsung c Taman Sempelang 88100 Sembulan Kota Kinabalu

HP : (012) 8683327

Halijah Baginda-SMK Datuk Panglima Abdulah Peti Surat 114, 91309 Semporna.Sabah

HP : (014) 2800378

Safuan Ahmad-SMK Arshad Peti Surat 19 89157 Kota Belud Sabah

HP : (019) 8518038

Edana @ Fanella- Lembaga Hasil Dalam Negeri , Tingkat M, Wisma Hasil Jalan Tengku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah

HP : (019) 8517456

INDONESIA

HONGKONG

Narita- Kel Pradah Kalikendal RT 05 RW 02. Dk . GG Gereja No 29. DK . Pakis . Surabaya 60226.

HP : + 6281515462788

Bagi Warga Indonesia yang berada di daerah sempadan Malaysia . Penghantaran Boleh Kami lakukan LEWAT PELABUHAN. Harab Maklum

Puspawati - No 31/ J Tower A Clague Garden Estate hoi Shing Road Tsuen Wan NT Hongkong

HP : + 852 9887 7531

THAILAND

BRUNEI

Norlina Bt Haji Abdul Samad

No. 181, Kg. Kumbang Pasang, BA 1511, Bandar Seri Begawan, Brunei

HP : +673-8845233 Bagi Warga Brunei yang berada di daerah sempadan Malaysia . Penghantaran Boleh Kami lakukan Melalui Miri atau Limbang . Harab Maklum