1. Mengekalkan keseimbangan asid / alkali dalam badan.
2. Meningkatkan jumlah oksigen pada normal sel.
Jadi mari kita lihat cepat pada kedua-dua konsep. Mari kembali sejenak ke alam persekolahan. Sewaktu kita di sekolah dulu dalam mata pelajaran sains kita telah belajar tentang asid dan alkali, kita juga belajar tentang keseimbangan asid dan Alkali serta kesanya pada tubuh manusia. pH badan (“potential Hydrogen” atau “powers of Hydrogen”). Diukur pada skala 0-14, dengan sekitar 7.35 menjadi neutral (normal). Nombor pH di bawah 7,35 adalah berasid (dengan 0 yang paling berasid) dan nombor di atas 7,35 beralkali (dengan 14 yang paling alkali).
Hidrogen memiliki cas proton dan elektron. Mari kita lihat , apa yang terjadi jika cas elektron di keluarkan dari Hidrogen. Anda akan melihat hanyalah ion positif sahaja yang tertinggal yang di sebut sebagai Proton. Mari kita lihat seterusnya, proton adalah cas Positif ("+") dan elektron merupakan cas nagetif ("-").
Cas-cas ini adalah penting untuk kita mengambil perhatian. Bahan-bahan yang dikategorikan sebagai alkali asasnya adalah proton “Acceptors” manakala asid adalah elektron “Donors.” Apa maksudnya kepada seseorang tidak mempelajari kursus kedoktoran?. Biar saya permudahkan kefahaman anda.
Pada asasnya apabila sel tubuh anda berada pada nilai pH yang tinggi, sel tubuh anda mempunyai potensi yang lebih besar untuk menyerap ion hidrogen dan begitulah sebaliknya. Mengapa hidrogen begitu penting dalam kehidupan manusia?
Alam semesta kita terbentuk daripada berjuta-juta sebatian, semua sebatian tersebut berasal dari 106 atom. Diantara Elemen-elemen ini, hidrogen adalah yang pertama dan yang paling asas. Hidrogen merupakan sebatian yang paling banyak unsur di dalamnya.
Lebih 90% daripada semua atom dalam kosmos ini terdiri daripada unsur Hidrogen. Salah satu contoh , di dalam matahari dan bintang terdapat “fius nukleus hidrogen” merupakan bahan asas untuk menghasilkan helium. Elemen kedua (helium) berfungsi untuk menjana tenaga kehidupan di bumi. Hidrogen hanyalah sebagai bahan api kepada matahari.
Peranan Hidrogen dalam tubuh manusia adalah sebagai bahan asas dalam proses elektrokimia . Proses eletrokimia dapat menghasilkan ATP. Dalam bidang Ilmu Kimia, kita tahu bahawa air (H2O) dapat di uraikan kepada ion hidrogen (H +) dan ion hidroksil (OH-). Jika hasil dari penguraian ini mengandungi lebih ion hidrogen daripada ion hidroksil, maka ia dikatakan asid. Apabila ia mengandungi lebih ion hidroksil daripada ion hidrogen, maka ia menjadi alkali.
pH 7.35 adalah neutral kerana ia mengandungi jumlah ion hidrogen dan ion hidroksil yang sama. Lebih 70% komponen badan kita terdiri daripada air. Sel-sel menghasilkan tenaga melalui proses respirasi aerobik, mereka membakar oksigen dan glukosa.
Saya tidak mahu terlalu menekankan penjelasan yang terlalu saintifik di sini agar pembaca merasa lebih santai dan mudah faham. Dalam usaha untuk mewujudkan tenaga, tubuh memerlukan sejumlah besar hidrogen. Setiap hari tubuh badan anda menggunakan kira-kira ½ paun hidrogen tulen.
Malah DNA kita sendiri dipegang oleh ikatan hidrogen.Dalam persekitaran pH yang tinggi. Sel-sel tubuh mempunyai potensi yang lebih besar untuk menyerap hidrogen, hasilnya membuatkan lebih banyak oksigen dihantar ke sel-sel.Kepekatan ion hidrogen yang tinggi diperlukan untuk mengubah 14 kuasa 10. Perubahan satu unit pH bergantung, kepada perubahan kepekatan ion hidrogen oleh faktor 10.
Skala pH adalah sebuah skala logaritma yang biasa kita gunakan di sekolah. Sebagai contoh : Bahan yang mempunyai pH sebanyak 5.2 adalah 10 kali ganda lebih berasid daripada bahan dengan pH sebanyak 6.2. Sedangkan 6.2 adalah 100 (102) kali ganda lebih berasid daripada bahan yang nilai pH sebanyak 7.2, dan ia adalah 1,000 (103) kali lebih berasid daripada bahan dengan pH sebanyak 8.2, dan begitulah seterusnya.
Darah kita mestilah sentiasa mengekalkan pH kira-kira 7.35 supaya ia boleh terus mengangkut oksigen. Allah telah menciptakan sistem pertahanan badan yang sangat luarbiasa selama tubuh badan anda berada dalam tahap pH yang seimbang, melalui sebuah sistem penampan (Buffer system.) Dalam ilmu kimia Buffer system ini bekerja dengan cara meneutralkan asid, sekali gus mengekalkan pH pada khadar yang di perlukan oleh badan. Walau bagaimana hebat pun Buffer system ini bekerja, ia tidak dapat bekerja dengan sempurna disebabkan pengamalan pemakanan yang tidak sihat yang anda amalkan.
Makanan ringan, makanan segera, makanan yang diproses, dan soda merupakan makanan yang tidak sihat dan boleh meletakkan tubuh badan anda berada pada paras ph yang berasid. Walaupun badan anda mempunyai simpanan rizab beralkali yang digunakan untuk penampan asid. Buffer system dalam tubuh badan anda tidak dapat menampung bebanan asid yang tinggi jika tabiat pemakanan yang tidak sihat menjadi satu budaya dalam hidup anda.
Akibatnya rizab alkali dalam tubuh anda akan merosot, asid yang berlebihan dibuang ke dalam tisu. Kesanya lebih banyak asid terkumpul pada tisu. Asid buangan ini mula mengoksidakan Sistem saraf , pembuluh darah, arteri dan mula memusnahkan dinding dan keseluruhan organ-organ penting dalam tubuh anda.
utk mengekalkan tahap ph yang terbaik ....
http://b17nitrilosides.blogspot.com/2008/06/cesium-k-b17-malaysia.html