اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks.
Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan,
insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas. LEBIHKAN...pemakanan harus dijaga terutama lebihkan sayuran dan buah-buahan.
KANSER USUS: KESAN DENGAN AWAL
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini.
Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus. Apa itu usus? Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman.
Ia mempunyai dua bahagian: Usus kecil- tempat makanan diserap Usus besar- tempat air dan garam diserap Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum. Apa itu kanser usus?
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal. Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar).
Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Tanda-tanda kanser usus Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut: Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
Berasa tidak puas selepas membuang air besar. Sakit perut. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus. Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus.
Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik. Faktor risiko Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti: Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser. Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain. Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus. Pemakanan.
Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus. Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus. Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus. Kurang bersenam.
Saringan dan pengesanan Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap ‘pembawa maut’, ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini. Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi.
Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser. Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, hingga 90%, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.
Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat). Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita.
Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat. Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan. Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan.
Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang. Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini. Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai tanda-tanda menghidap kanser usus.
Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas. Faecal occult blood test (FOBT) FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis. FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar).
Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip (ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat awal.
Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser. Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ? Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani FOBT dua tahun sekali.
Bagi mengurangkan risiko mendapat kanser amalkan lah gaya hidup sihat seperti: makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan. mengekalkan berat badan yang normal. Meningkatkan aktiviti fizikal - selalu bersenam. tidak merokok. kurangkan minum alkohol Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.
Sila Hubungi Saya utk Mendapatkan Maklumat Makanan yang dapat Membunuh Sel Kanser Usus ini 012 9642466